NOTA KOMSAS ‘ANTOLOGI HARGA REMAJA’
PUISI TRADISIONAL – PANTUN EMPAT KERAT
Maksud Pantun
Rangkap 1 – Rangkap ini bermaksud secara tidak langsung orang yang berbudi hendaklah dikenang.
Rangkap 2 – Rangkap ini membawa maksud orang yang berbudi pasti akan disebut-sebut walaupun dia telah meninggal dunia.
Rangkap 2 – Rangkap ini membawa maksud orang yang berbudi pasti akan disebut-sebut walaupun dia telah meninggal dunia.
Rangkap 3 – Rangkap ini mengatakan bahawa jasa dan budi yang ditaburkan akan dikenang biarpun budi itu kecil namun tetap dihargai.
Rangkap 4 - Rangkap ini menyatakan bahawa seseorang yang mengasihi yang lain apabila kasihnya diterima hubungan tersebut akan berterusan untuk jangka masa yang panjang.
TEMA - bertemakan budi baik yang akan diingati oleh orang.
PERSOALAN
a) Ketinggian nilai budi : budi yang baik akan sentiasa disanjung
b) Sikap mengenang budi : budi akan sentiasa diingati oleh orang lain
c) Budi tidakkan hilang : budi tidakkan luput walaupun seseorang itu telah meninggal dunia
d) Budi akan membuatkan hubungan berpanjangan : hubungan seseorang akan menjadi lebih akrab.
BENTUK PANTUN
a) Mempunyai empat rangkap
b) Mempunyai empat baris serangkap
c) Mempunyai 3-5 patah perkataan sebaris
d) Mempunyai 9-11 suku kata sebaris
e) Rima akhir abab
GAYA BAHASA
a) Penggunaan sinkof : Jika tak kenang kepada saya
b) Penggunaan simile : Sebagai hutang seribu tahun
c) Asonansi : Anak ikan berlima-lima
d) Aliterasi : Anak kambing memakan rumput
e) Diksi yang menarik : Terang di paya, punggur berdaun
NILAI
a) Mengenang budi
b) Keikhlasan
c) Kasih sayang
PENGAJARAN
a) Kita hendaklah sentiasa mengingati budi yang ditaburkan kepada kita.
b) Kita hendaklah ikhlas dalam memberikan pertolongan dan berbudi.
c) Janganlah kita menjadi orang yang tidak mengenang budi.
d) Kita hendaklah memupuk kasih sayang melalui budi yang ditaburkan.
No comments:
Post a Comment